Sunday 4 October 2015

Cerpen : Kampung Girl

Tajuk : Kampung Girl
Penulis : Amira Affendi
Tarikh post : 4 October 2015


Kampung Girl, ya dia aku mahu!


“Happy anniversary, sayang.” Ucap Tengku Airish riang lalu memaut tubuh Yuhanis ke dalam dakapannya. Pipi isterinya dikucup lembut.

“Sayang cantik sangat,” bisik Tengku Airish. Yuhanis tersenyum malu. Suka apabila dipuji sebegitu oleh suaminya sendiri.

“Abang pun nampak handsome sangat malam ni.” Yuhanis mula memuji. Memang suaminya itu nampak bergaya pun dengan baju kemeja berwarna merah pemberiannya itu. Kini giliran Tengku Airish pula tersenyum.

“Malam ni je?” soalnya manja membuatkan Yuhanis tergelak kecil.

“Abang nampak handsome di mata Anis hari-hari! Abang lelaki paling handsome bagi Anis… walaupun dulu abang sombong!” Yuhanis gelak lagi. Melihatkan wajah masam suaminya membuatkan gelaknya makin kuat.

“Ye lah.. abang tahu dulu abang sombong. Tapi lelaki sombong ni jugaklah yang Anis suka kan?” Tengku Airish mengusik isterinya. Yuhanis tersenyum bahagia. Dia bertuah, kerana lelaki sebaik suaminya itu adalah seorang lelaki yang terbaik yang dikirimkan Allah untuknya. Meskipun masa silam Tengku Airish bukanlah daripada sejarah yang baik-baik, tetapi Yuhanis tetap bersyukur kerana dia yang dipilih menjadi suri dihati Tengku Airish.

“Abang…” Yuhanis memegang kedua belah tangan suaminya lalu dikucup lembut. Matanya bertemu dengan anak mata milik Tengku Airish. Melihat Tengku Airish seperti menantikan kata-katanya, Yuhanis tersenyum.

“Terima kasih sebab pilih perempuan kampong macam Anis. Terima kasih sebab terima segala kekurangan Anis. Anis bersyukur sangat sebab Tuhan mempertemukan kita.” luah Yuhanis jujur.

Tengku Airish mengusap lembut pipi isterinya. “Abang yang patut berterima kasih pada sayang sebab sayang sudi jadi isteri abang. Terima kasih jugak pada Anis sebab sudi jadi kampong girl abang. Kalau bukan sebab Anis, memang lelaki macam abang ni takkan pernah rasa macam mana kena gigit pacat!” kata-kata Tengku Airish mengundang tawa daripada Yuhanis. Tengku Airish juga turut tergelak.

Pertemuan kali pertama dengan Tengku Airish yang tidak dirancang menjadi satu sejarah yang melucukan baginya. Yuhanis tersenyum. Fikirannya kembali memutarkan kejadian yang tidak dapat dilupakan itu.

____________________

Yuhanis mengangkat beg pakaiannya yang berat entah berapa kilo. Pertama kali kakinya menyentuh tanah bandaraya metropolitan ini. Dia membetulkan tudung dan cermin mata bulatnya yang agak senget. Bibirnya mengukir senyuman. Tangannya perlahan-lahan mula didepa.

“Kuala Lumpur… aku datang!!” jeritnya kuat. Tidak semena mena semua mata memandang ke arahnya membuatkan wajahnya mula memerah. Yuhanis sekadar tersenyum malu. Alamak, lupa pulak sekarang ni dia dekat tengah tengah bandar. Kalau dekat kampong, menjeritlah sekuat mana pun, memang cuma sawah padi je lah yang dengar memandangkan rumah kampungnya jauh dengan rumah-rumah yang lain.

“Cik nak kemana?” tanya seorang lelaki yang sudah berumur.

“Saya nak ke rumah pakcik saya. Boleh tolong hantarkan?” Yuhanis menghulurkan kertas kecil yang mengandungi alamat rumah itu kepada pakcik yang bertanya tadi.

Tengku Shah Hirin Mansur,
No 10 lot banglo,
Jalan Damansara Utama.

Lelaki tadi tiba-tiba memandang kearah Yuhanis atas bawah membuatkan Yuhanis berasa agak tidak selesa. Yuhanis mengerutkan dahi. Kenapa pulak pakcik ni pandang aku lain macam je ni? Ada yang tak kena ke? Dia rasa penampilannya tak ada lah teruk sangat. Baju kurung dan tudung. Biasa saje. Apa yang tak kenanya?

“Kenapa ye pakcik?” soal Yuhanis ingin tahu.

“Betul ke ni alamatnya? Tak salah?” soal lelaki itu lagi inginkan kepastian.

“Ye pakcik. Saya yakin memang itu alamat yang pakcik saya bagi.” Lelaki itu mengangguk lantas mula mengangkat beg pakaian Yuhanis ke dalam bonet keretanya. Yuhanis tersenyum gembira. Tak sabar nak jumpa auntie Raihah dan Uncle Shah!
__________________

Sampai saja di banglo mewah 3 tingkat milik Tengku Shah Hirin kawan baik arwah ayahnya, Yuhanis tergamam. Sekali lagi dia membetulkan cermin mata bulatnya. Liur mula ditelan. Mak aih.. ni rumah ke istana?

Yuhanis mula memberi salam namun tak ada sesiapa pun yang menjawab. Puas dia memberi salam tapi tetap hambar. Harap rumah saja besar…

“Panasnya…” rungutnya.

Tiba-tiba sebuah kereta BMW series berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapannya. Yuhanis mengukir senyuman. Mungkin tuan rumah kot. Tangannya mula dilambai lambaikan kea rah pemandu yang berada di dalam kereta tersebut. Namun senyumannya mati apabila kereta itu hanya membunyikan hon memintanya ketepi. Yuhanis mencebik. Mahu tak mahu, dia tetap bergerak ke tepi. Kemudian pintu pagar bewarna emas yang tingginya dua kali ganda daripadanya terus terbuka.

Tengku Airish memakirkan kereta kesayangan di bahagian tempat letak kereta yang memang di khaskan untuk dirinya. Setelah keluar dari kereta, dia memandang perempuan yang tadinya melambaikan tangan ke arahnya. Huh.. peminta sedekah!

“Kau nak apa?” soalnya kasar. Terkulat-kulat Yuhanis dibuatnya.

“Hmm.. saya nak..” belum sempat Yuhanis menghabiskan ayatnya, Tengku Airish kembali memotong.

“Nah.. kau boleh blah sekarang!” ujar Tengku Airish sambil menghulurkan dua keping not Rm50 kepada Yuhanis. Yuhanis terkedu. Huluran itu tidak disambutnya. Hish, biadapnya lelaki ni! Dia mengetap bibir.

“Anis?” tiba-tiba satu suara menegur dari belakang.

Datin Raihah menghampiri anaknya dan gadis yang diapanggil Anis tadi dengan senyuman. “Yuhanis kan?” pertanyaan Datin Raihah membuatkan Yuhanis tersenyum riang. Laju saja dia mengangguk.

“Mummy kenal perempuan ni?” soalan Tengku Airish mematikan senyuman Yuhanis. Datin Raihah memandang anaknya. Tangan anaknya yang seperti menghulurkan duit kepada Yuhanis membuatkan Datin Raihah pelik.

“Mestilah mummy kenal. Yuhanis ni anak kawan papa..” ujar Datin Raihah sambil memeluk lembut bahu Yuhanis. Yuhanis hanya tersengih.

“Yang Aish pegang duit tu nak bagi dekat siapa?” soal Datin Raihah pula.

Tengku Airish senyum mengejek. “Ingatkan peminta sedekah!” Ujarnya sebelum melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.

“Bertuah punya budak! Hish.. Yuhanis jangan amik hati ya sayang. Aish tu memang macam tu. Dia bergurau je tu..”

Yuhanis mengukir senyuman. “Tak apa, Auntie, Anis faham..”

“Hmm.. jom masuk. Lama auntie tak jumpa Anis. Rindu sangat pada Anis!” Datin Raihah menarik tangan Yuhanis untuk masuk ke dalam rumah agam miliknya. Yuhanis hanya mengekori. Bertuah dia kerana Datin Raihah baik melayannya walaupun dia agak malang tadi sebab berjumpa dengan lelaki sombong macam anak Datin Raihah tu. Harap muka saja handsome, tapi sombong!
________________________

“Aish.. hari ni Aish bawak Anis jalan-jalan ye.” Datin Raihah mula mengeluarkan arahan. Membulat mata Yuhanis dibuatnya. Jalan-jalan? Macam seronok je. Tapi dengan lelaki ni ke? Tak nak lah!

“Alaaa mummy.. Aish balik lambat la malam ni. Tak boleh nak bawa dia..” Tengku Airish memberi alasan. Nak bawa perempuan spek mata bulat ni jalan-jalan? Memang tak lah! Jatuh maruah aku nanti!

“Aish, ikut cakap mummy tu, lagipun papa tengok Anis ni, sejak datang sini tak berjalan ke mana pun…” Tengku Shah pula mula bersuara. Tengku Airish merengus. Bila papa dah mula bersuara, nak tak nak, memang kena ikut lah jawabnya. Pandangannya tajam memandang Yuhanis. Menyusahkan betul!

“Jom ah…” ajaknya acuh tak acuh.

Yuhanis hanya mengikut. Dia kemudiannya menyalami tangan Datin Raihah sebelum berlalu membuntuti belakang Tengku Airish. Sampai saja di tempat letak kereta, tiba-tiba sahaja Tengku Airish berpusing membuatkan Yuhanis hampir saja melanggarnya. Hish.. nak brek tak agak-agak betul la mamat ni! Yuhanis melangkah undur setapak ke belakang bila melihat renungan tajam daripada Tengku Airish.

“Kau tak ada baju lain ke nak pakai? Spek tu.. kau memang betul-betul rabun ke?” soalan Tengku Airish membuatkan Yuhanis mengetap bibir geram.

“Memang saya tak ada baju lain dah nak pakai. Dan kalau saya memang betul-betul rabun kenapa? Ada kaitan dengan Tengku ke?” balas Yuhanis geram. Selama 5 hari dia berada di rumah Uncle Shah ni, selama 5 hari itu juga lah dia dan Tengku Airish bertekak setiap kali bertemu mata. Lelaki ni juga yang memaksa dia untuk memanggilnya dengan panggilan Tengku. Tengku konon, tengkujuh ada lah!

"Kau ni memang suka menjawab kan?" sindir Tengku Airish sambil bercekak pinggang.

"Haah, memang saya suka menjawab pun!" bidas Yuhanis kembali. Dia juga turut meniru gaya Tengku Airish. Sengaja cari pasal.

"Hmm.. perempuan kampung memang suka menjawab rupanya. No wonder.." ujar Tengku Airish sebelum menghilangkan diri ke dalam kereta Mini Cooper hijau miliknya. 

Yuhanis pula mencebik. Kalau aku kampung, kau tu bandar! Ciss.. bebelnya dalam hati,

"Hey, kampung girl, cepatlah masuk! Takkan nak suruh aku bukakkan pintu dulu baru nak masuk." sekali lagi Tengku Airish menyindir. 

Yuhanis mengecil matanya. Hish, besar kecik je mamat ni aku tengok! "Ye lah, nak masuk lah ni!"
_________________

Sepanjang perjalanan, hanya suara Yuhanis yang bertanya itu ini yang memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Tengku Airish ada juga bersuara tapi hanya dengan membalas semua persoalan yang diajukan Yuhanis dengan ‘hmm’ atau ‘tak’ sahaja. Tiba tiba hatinya tertarik untuk mempermainkan Yuhanis. Kereta dipandu laju sehingga tiba di depan Goldstar Club, sebuah club disco yang menjadi tempat dia dan kawan-kawannya lepak bila ada masa lapang. Dan yang pasti, dia nak Yuhanis serik mengikutinya.

“Jom…” ajak Tengku Airish bila melihat Yuhanis sperti ragu-ragu untuk masuk. Nak tergelak juga dibuatnya melihat wajah Yuhanis yang jelas berkerut tu.

“Boleh masuk ke, tempat yang macam ni, Tengku?” tanya Yuhanis polos. Bukan tempat ni tempat yang tak elok ke? Ada juga dia pernah tengok dalam drama-drama melayu tentang tempat-tempat macam ni. Tak elok baginya, seorang wanita bertudung, masuk ke tempat yang macam ni.

“Kalau tak boleh masuk, aku tak ajak kau masuk! Menyusahkan betul lah. Cepatlah masuk!” Tengku Airish mula membebel. Pada mulanya Yuhanis enggan untuk turut sama dengan Tengku Airish tapi setelah dipaksa oleh Tengku Airish berkali-kali, tangannya ditarik masuk ke dalam.

Yuhanis memandang sesekeliling tempat itu. Kali pertama kakinya menjejak ke tempat seperti ini. Tempat yang penuh dengan orang ramai dengan asap rokok yang banyak. MasyaAllah.. Hatinya mula beristigfar.

“Hai, Aish. Siapa belakang you tu?” soal salah seorang wanita yang berpakaian seksi. Tengku Airish hanya membalas pertanyaan itu dengan senyuman. Dia kemudiannya mengambil tempat disebelah wanita itu dan mula menepuk-nepuk sofa disebelahnya sambil matanya memberi isyarat pada Yuhanis untuk duduk disitu. Yuhanis sekali lagi hanya menurut.

Yuhanis memandang satu persatu kawan-kawan Tengku Airish yang sibuk bersembang antara satu sama lain. Ada juga beberapa sahabat Tengku AIrish yang leka memerhatikan dirinya membuatkan dia berasa tidak selesa. Apabila terpandangkan beberapa botol arak di atas meja dihadapannya membuatkan Yuhanis beristigfar lagi. Janganlah tengku Airish juga turut meminum minuman haram tu.

Tiba-tiba telefon bimbit milik Tengku Airish berbunyi. Dia meminta diri untuk keluar sebentar tetapi dihalang Yuhanis.

“Tengku, Anis ikut...” Yuhanis sudah berdiri.

“Ala… kau tunggu la kat sini.. sekejap je.. duduk sini dan jangan pergi mana-mana!” pesan Tengku Airish sebelum berlalu keluar untuk menjawab panggilan telefon daripada mummynya itu.

Yuhanis kembali duduk. Jantungnya mula berdegup laju bila ditinggalkan sebegitu. Zack yang dari tadi memerhatikan setiap perilaku Yuhanis mula datang mendekat.

“Hey.. I kawan Airish. You girlfriend dia ke? I perhatikan you, you nampak macam tak selesa je. Tak pernah datang sini ke?” Zack mula bermanis kata. Dalam fikirannya dia sudah merancangkan sesuatu.

“Ya.. ni first time saya datang sini. Hm.. boleh tak awak hantar saya pada Tengku Airish?” pertanyaan Yuhanis dibalas dengan senyuman.

Yuhanis dibawa mengikut jalan belakang dan mereka mula masuk ke dalam sebuah bilik VIP di club itu. Mata Yuhanis melilau mencari kelibat Tengku Airish tetapi tidak ada. Mana pulak mamat ni pergi?

“Mana Tengku Airi…” kata-kata Yuhanis terhenti apabila dia melihat Zack mula mengunci pintu dan tersenyum penuh makna ke arahnya. Perlahan, Zack melangkah setapak demi setapak mendekati Yuhanis menyebabkan gadis itu mengundur ke belakang.

“Stop! Apa awak nak buat ni?!” Yuhanis mula gelabah. Zack masih lagi melangkah dengan senyumannya.

“Tak ada siapa dekat sini. Hanya kita berdua je..” Tiba tiba Zack dengan kasar mula memegang lengan Yuhanis.

“Kau tahu kenapa aku bawak kau ke sini?” soalnya kasar. Yuhanis tidak menjawab. Tangannya ligat menepis pegangan kuat daripada Zack.

“Sebab aku nak balas dendam pada Airish!” Zack mula menengking. Dendam dendamnya pada Tengku Airish membuatkan dia rasa sakit hati! Melihat Yuhanis bersama Tengku Airish tadi, Zack pasti yang Yuhanis adalah seorang perempuan yang penting bagi Tengku Airish. Sebab Yuhanis bukanlah seperti perempuan-perempuan yang selalu Tengku Airish bawa selalu. Perempuan ini bertudung. Dan tentu saja masih suci.

Air mata Yuhanis mula mengalir. Ketakutan itu membuatkan dia hampir pitam. Kudratnya tidak lah sekuat mana untuk melawan tenaga seorang lelaki seperti Zack.

“Kau ni cantik sebenarnya.. tapi kau tutup dengan benda ni.” Tudung Yuhanis dipegang dan dicampak ke tepi. Yuhanis sekali lagi menepis. Wajahnya sudah sembab dengan air mata.

“Tengku..” lirih Yuhanis perlahan.

“Mana perempuan tadi?” soal Tengku Airish bingung. Terkejut dia melihat ketiadaan Yuhanis di situ. Hish.. mana pulak perempuan ni pergi?

“Tadi.. aku nampak dia ikut Zack pergi bilik belakang.” Beritahu Anuar jujur.

“Shit!” sepantas kilat Tengku Airish berlari ke arah yang ditunjukkan oleh Anuar. Hatinya berdoa agar Yuhanis tidak diapa-apakan. ‘Setan kau Zack!’

Sampai saja didepan bilik itu, pintu dirempuh dengan kuat menyebabkan pintu yang terkunci itu terkuak luas.

“Zack!” Tengku AIrish mendapatkan Zack yang jelas sedang melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap Yuhanis.  Satu tumbukan ditujukan pada muka Zack. Kolar baju Zack dicengkam kuat sebelum beberapa lagi tumbukan kena tepat pada muka lelaki itu.

“Kau memang setan!” jerit Tengku Airish pada Zack yang sudah terkulai lemah. Zack yang masih lagi tergelak sinis membuatkan kemarahan Tengku Airish bertambah. Belum sempat dia menghadiahkan lagi satu tumbukan pada Zack, Yuhanis mula menghalang.

“Tengku!”suara Yuhanis yang sudah serak basah menjerit memanggil nama Tengku Airish. Dia sudah letih melihat Tengku Airish bertumbuk sebegitu. Nasib baiklah Tengku Airish sempat sampai.. kalau tidak dia sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi padanya.

Tengku Airish yang melihat Yuhanis masih duduk sambil memeluk lututnya, mula mendekati gadis itu. Rasa bersalah terdetik dalam diri Tengku Airish. Tengku Airish mula duduk menghadap Yuhanis yang jelas kelihatan air mata di wajahnya. Rambut Yuhanis yang sudah terbuka dan baju kurung yang dipakainya terkoyak sedikit dibahagian lengan membuatkan rasa bersalahnya makin bertambah.

“Maafkan aku..” ujarnya ikhlas. Dia mengambil tudung milik Yuhanis lalu disarungkan kembali menutup rambut gadis itu. Pertama kali dia melihat rambut Yuhanis, seakan ada perasaan lain yang muncul dalam dirinya.

Tengku Airish menarik tangan Yuhanis lembut. Jelas terasa getar dan kesejukan di tangan itu. Hati Tengku Airish sekali lagi dilanda rasa bersalah yang amat sangat… apa yang membuatkan dia rasa lebih bersalah apabila Yuhanis bertindak mendiamkan diri dan hanya menangis.

Tengku Airish membawa Yuhanis pulang. Sepanjang perjalanan gadis itu hanya mendiamkan diri sambil membelakanginya. Sampai saja di rumah, Yuhanis terus masuk ke dalam biliknya. Nasib baik saja mummy dan papa dah lama tidur. Kalau tak, memang habislah dia.
________________________

Sejak peristiwa malam itu, Yuhanis langsung tidak menegurnya. Pertanyaannya juga tidak diendahkan. Gadis itu seperti melarikan diri daripadanya. Tapi Tengku Airish bersyukur kerana hal itu tidak pernah Yuhanis ceritakan kepada keluarganya. Yuhanis berlagak biasa saja dihadapan keluarganya seakan-akan perkara itu tak pernah terjadi.

“Mummy, nampak Yuhanis tak?” tanya Tengku AIrish bila susuk tubuh Yuhanis tidak kelihatan semenjak dia pulang dari pejabat.

“Laa… kamu ni Aish.. mimpi ke apa? Kan Anis dah balik kampong pagi tadi.” Kata-kata Datin Raihah membuatkan Tengku Airish terkejut. Yuhanis dah balik kampong? Kenapa dia tak tahu?

________________________

“Tengku buat apa kat sini?” terkejut bukan kepalang Yuhanis dibuatnya bila melihat Tengku Airish berada di rumahnya.

Tengku Airish masih tunduk menjamu selera tanpa menjawab pertanyaan daripada Yuhanis. Perutnya lapar gila. Mana taknya, lepas saja tahu yang Yuhanis sudah pulang ke kampong, petang itu juga dia meminta izin mummy untuk pergi ke Kedah. Pada mulanya memang mummy pelik, tapi setelah dia berjanji untuk menceritakan segalanya pada mummy nanti, mummy hanya bersetuju.

Kali pertama dia menjejakkan kaki ke kampong. Mula-mula dia sendiri tak percaya dengan apa yang dia lakukan tapi apa yang dia pasti, dia rindukan Yuhanis. Ya, dia rindukan kampung girl ini!

Yuhanis yang hanya berkain batik dan tudung yang tidak pernah lekang daripada kepalanya membuatkan Tengku Airish tersenyum dalam hati. Tapi Yuhanis dah tak lagi memakai spek mata bulatnya. Mana pulak pergi speknya tu? Bukan dia rabun ke? Tapi.. cantik jugak minah ni eh..

“Hishh Anis, Airish datang nak lawat kita lah. Tak baik kamu sergah tetamu macam ni.. dah dah lah tu tengok Airish macam nak telan je. Mari duduk makan.” Tegur Mak Siti. Yuhanis mencebik. Tidak puas hati kerana soalannya masih tidak dijawab. Tengku AIrish pula tersenyum menang.
______________________

“Tengku nak buat apa ikut saya ni?” tanya Yuhanis tak puas hati. Dari tadi Tengku Airish duk mengekor saja dari belakangnya. Rimaslah!

“Nak kau lah..” balas Tengku Airish selamba. Kepala yang tidak gatal digarunya. Yuhanis mencebik. Banyak lah dia punya nak!

Yuhanis mula duduk di tepi tali air, niat untuk memancing diteruskan walaupun dia tidak selesa diekori Tengku AIrish. Yuhanis tahu, inilah kali pertama Tengku AIrish masuk ke sawah ni. Nampak sangat yang Tengku Airish memang tak selesa duduk di situ. Dasar orang bandar!

Tiba-tiba Tengku Airish rasa ada yang tak kena di betisnya. Seluar track hitam yang dipakai ditarik hingga ke lutut.

“AhhhhhhH!!” tidak semena mena jeritan Tengku Airish bergema membuatkan Yuhanis sedikit terkejut.

“Tengku ni kenapa tiba-tiba nak jerit macam tu?” marah Yuhanis. Ada pula jerit tiba-tiba tengah-tengah sawah macam ni? Buang tabiat ke apa?

“Anis, apa ni?!” soal Tengku Airish cemas sambil menunjukkan sesuatu yang bergerak gerak di betisnya.

“Apa?”

“Ni ha… yang bergerak-gerak ni. Apa ni?!”

“Laa.. ni pacat la Tengku!” Yuhanis tergelak. Kelakar melihat wajah Tengku Airish yang jelas ketakutan.

“Pacat? Pacat tu apa?! Buang cepat!” Berkerut wajah Tengku Airish melihat binatang putih itu. Seumur hidupnya inilah kali pertama dia melihat binatang yang segeli itu. Nak pengsan pun ada.

“Pacat pun tak tahu? Budak darjah satu pun tahu la pacat tu apa.” Yuhanis gelak lagi. Tapi kali ini makin kuat gelaknya. Seronok mainkan Tengku Airish.

“Pacat ni akan hisap darah Tengku sampai habis. Sampailah kaki Tengku dah takde darah!” Yuhanis mula serius. Tengku Airish yang mendengar menelan liur.

“Aa.. anis.. tolong buang pacat ni cepat!!” jeritTengku Airish. Yuhanis senyum nakal.

“Tak nak!” ujarnya sebelum bangun berlari meninggalkan Tengku Airish berseorangan. Alah, pacat aje pun. Takkan mati punyalah mamat tu.

“Yuhanis!!” pekik Tengku Airish berkali-kali tetapi tetap tidak mendapat perhatian daripada Yuhanis. Tengku Airish menelan liurnya. Matanya mula berpinar melihat betisnya berdarah. Tiba-tiba pandangannya berubah gelap.
______________________

Tengku Airish membuka matanya. Orang pertama yang muncul di depannya adalah Yuhanis. 

"Tengku..." panggil Yuhanis perlahan.

Tengku Airish memegang kepalanya. Cuba mengingati kembali apa yang dah terjadi. Bila teringat kejadian di sawah petang tadi, Tengku Airish terus bangun. Track hitamnya ditarik sehingga ke paras lutut.

"Mana pacat tadi?!" soalnya cemas.

Yuhanis bercekak pinggang. "Tengku ni.. dengan pacat pun boleh pengsan ke? Tak gentleman langsung!"

"Kau apa tahu? Habis darah aku kena hisap tadi tau!" 

Yuhanis gelak sinis. "Saya tipu je lah tadi. Tak habisnya darah Tengku yang banyak tu! Dah bangun, solat! Dah nak magrib tahu tak. Pengsan bukan main lama.." bebel Yuhanis sambil berjalan keluar meninggalkan Tengku Airish sendirian.

Tengku Airish mencebik. Memang suka membebel betul lah kampung girl sorang ni. Tengku Airish memeriksa semula kakinya. Kemudian dia tergelak. Macam mana dia boleh pengsan ni? Memalukan betul lah! 
_______________________

Yuhanis termenung di atas sebuah bangku. Matanya jauh merenung sawah padi dihadapannya. Permintaan maknya tadi membuatkan dia rasa serba salah. Tapi takkan dia nak menolak?

“Anis!” sergahan Tengku Airish membuatkan Yuhanis terkejut. Tengku Airish tergelak sambil mengambil tempat di sebelah Yuhanis. Hari ini sudah genap 2 hari dia tinggal di kampong. Percaya atau tidak, dia memang selesa duduk disini.

“Tengku ni, terkejut saya tau.”

Tengku Airish tersengih. “Tu la.. termenung jauh sangat. Sampai nak tembus sawah padi tu kau tengok.” Sekali lagi Tengku Airish tersengih. Hubungannya dengan Yuhanis semakin hari semakin rapat. Entah kenapa, rasa bersalahnya pada Yuhanis tempoh hari membuatkan dia rasa ingin mengenali gadis ini dengan lebih jauh lagi.

 “Saya sebenarnya.. tengah pening ni Tengku.”

“Kenapa pulak? Nak aku picitkan kepala tak?” gurau Tengku Airish lagi dengan sengihan. Yuhanis menjelingnya. Ke situ pulak?

“Mak ni haa..” Yuhanis mula berkira-kira samada masalahnya itu perlu dikongsikan atau tidak dengan Tengku Airish. Lagipun Tengku Airish ni bukannya siapa-siapa bagi dia. Sekadar anak kepada kawan ayahnya saja. Jadi tak ada masalah kan?

“Kenapa dengan mak siti?”

Yuhanis mengeluh sebelum bersuara. “Tengku rasa, saya dah layak kahwin ke belum?” pertanyaan Yuhanis serta merta membuatkan Tengku Airish membetulkan kedudukannya. Wajah Yuhanis dipandang.

“Kau dah nak kahwin ke?” soalnya.

“Mak suruh saya kawin…” jawab Yuhanis perlahan.

“Dengan siapa?” pertanyaan Tengku Airish dijawab dengan bahunya dijongket sedikit tanda tidak tahu. Tengku Airish mengerutkan dahi.

“Takkan kau nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal?” pertanyaan Tengku Airish kali ini dijawab pula dengan anggukan. Tengku Airish gelisah. Kalau Yuhanis kahwin, macam mana pula dengan dia? Eh Airish, takkan kau yang nak kahwin dengan perempuan ni pulak?

“Daripada kau kahwin dengan orang yang kau tak kenal, lebih baik kau kahwin dengan aku.” Kata-kata itu secara tidak sengaja meluncur laju dari bibirnya. Yuhanis memandang Tengku Airish tidak percaya. Beberapa minit kemudiannya dia tergelak.

“Merepek la Tengku ni!” Yuhanis tergelak lagi.
_______________________

Merepek tak merepek, akhirnya memang dia yang menjadi isteri kepada Tengku Airish bin Tengku Shah Hirin ni. Nak tahu macam mana dia boleh kahwin dengan Tengku Airish? Ini semua Tengku Airish punya pasal la. Si Encik sombong ni rupa-rupanya memang serius dengan kata-katanya. Hari itu jugalah, didepan Yuhanis sendiri, Tengku Airish menelefon Datin Raihah untuk masuk meminang Yuhanis sebelum Yuhanis menerima lamaran lelaki lain. Terkejut bukan kepalang Yuhanis masa tu.

Tapi bak kata orang putih, ‘Love is Gamble’ right? Nak tak nak, Yuhanis tetap menerima Tengku Airish dalam hidup dia setelah melihat Tengku Airish betul-betul ikhlas ingin memperistrikan dia. Dia pun tidak tahu, macam mana Tengku Airish boleh sukakannya walhal lelaki itu sebelum ini sangat membencinya. Bila ditanya, Tengku Airish cuma cakap biarlah rahsia. Ceettt... Apa dia ingat dia siti Nurhaliza ke?

“Sayang.. taknak tidur lagi ke? Abang dah mengantuk ni,” tanya Tengku Airish sambil menghampiri isterinya. Yuhanis tersenyum.

“Buku apa tu?” soal tengku Airish pula apabila melihat Yuhanis memegang sebuah buku yang berwarna merah jambu itu.

“Ni album perkahwinan kita dulu..”

Yuhanis memberikan album itu kepada Tengku Airish. Tengku Airish mengukir senyum panjang. Nak tergelak pun ada bila melihat gambar mereka berdua dulu. Tapi apa yang membuatkan dia memang betul-betul nak tergelak bila teringatkan wajah Yuhanis yang jelas-jelas terkejut bila dia menelefon mummynya untuk terus masuk meminang Yuhanis dulu. Mummy apa lagi, menjeritlah soal itu ini. Buat dia rasa sesak pula!

Kenapa dia tiba-tiba nak kahwin dengan Yuhanis? Hmm.. mula-mula dia sendiri pun tak tahu apa jawapannya. Tapi yang pasti, dia tak menyesal langsung dengan keputusan mendadaknya itu sebab mungkin.. dia dah mula jatuh cinta dengan kampong girl ini.
“Abang fikir apa?” soal Yuhanis bila melihat tengku Airish tersenyum-senyum melihat gambar mereka berdua.

“Nothing! Dah jom tidur..” Tengku Airish menutup kembali album itu dan mula menarik tangan Yuhanis. Yuhanis hanya menurut. Tengku Airish tersenyum panjang. Sikap Yuhanis yang sentiasa menurut setiap kemahuannya itulah yang membuatkan dia dah jatuh cinta dengan gadis ni. My kampong girl.. I love you so much!




10 comments:

  1. Awk.. xreti la nak main benda ni. Kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. insyaAllah nanti kita jumpa saya ajar awak. kahkah

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

  3. Yuk segera join di KHARISMAPOKER situs poker terpercaya, teraman dan tercepat. Pelayan terbaik dan tercepat oleh CS yang berpengalaman dan ONLINE 24 jam.

    PROMO TERBARU KHARISMA POKER:

    * Bonus Referral 20% Seumur Hidup
    * Bonus Turnover 0,5% Setiap Harinya

    KEUNGGULAN KHARISMA POKER:

    * SEMUA BANK KAMI ONLINE 24 JAM !!
    * NO ROBOT & ADMIN
    * 100% Fair Play Member Vs Member
    * Proses Withdraw & Deposit Tercepat
    * Customer Service yang baik, ramah dan cantik.

    MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :

    * BCA
    * BNI
    * BRI
    * MANDIRI
    * DANAMON

    Dengan syarat minimal deposit hanya Rp 20.000 !!

    PENDAFTARAN GRATIS HANYA DENGAN MENGISI DATA DI : http://www.kharismapoker.com/Register

    SITUS POKER ONLINE TERPERCAYA

    LIVE CHAT ; DISINI
    Telp :+85587983703
    BBM ; khpk02
    WA : +85587983703
    LINE ; khpk02

    Link Alternatif Kharismapoker :
    http://wwwkharismacash.com

    ReplyDelete
  4. Casino Player Reviews - Join 353 Casino
    The casino website is easy to navigate, you can 태평양 먹튀 easily make the most out of your time with this top-rated site, and it offers 벳 365 가상 축구 a 888스포츠 casino, 슬롯 가입 머니 poker games, 룰렛사이트

    ReplyDelete